Loading...

Viral.Anak kurung ayah dalam 'kandang' besi, dibiar kesejukan tanpa seurat benang

Loading...
Loading...

SEORANG anak tergamak membiarkan ayah kandungnya tidur tanpa seurat benang di atas lantai simen yang sejuk di belakang sebuah rumah di daerah Medan Amplas, Sumatera Utara.


Di sebalik tirai besi dalam ruangan kecil, kelihatan susuk tubuh warga emas itu yang sudah uzur dan kurus kering bersama satu pinggan plastik kosong untuk makan dan sebotol air mineral bagi menghilangkan dahaga.
Gambar yang penuh menyentuh emosi itu menjadi tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat perhatian ramai netizen hingga mengundang simpati yang begitu mendalam.


Hasil siasatan pihak polis, warga emas berusia 68 tahun itu diserang strok menyebabkan dia lumpuh seluruh badan.
Warga emas itu mempunyai tiga orang anak. Sebelum ini, dia tinggal bersama anak perempuan dan menantunya. Selepas jatuh sakit, dia diasingkan ke satu ruangan kecil yang dikelilingi jeriji besi.
Sementara dua anaknya yang lain didakwa bekerja di Malaysia dan sudah tidak mengambil peduli lagi akan keadaannya itu.
Jurucakap pihak polis, Ginanjar Fitriadi berkata, warga emas itu telah dibawa bagi mendapatkan rawatan dan diserahkan kembali kepada keluarganya.
“Dari malam ahad, kami telah menguruskannya dengan membawa beliau ke hospital dan menyerahkan kembali kepada keluarganya.
“Kami juga sudah berbincang dengan pihak berwajib agar kes bapak ini mendapat perhatian sewajarnya,” kata Ginanjar.

Hasil gambar untuk Viral.Anak kurung ayah dalam 'kandang' besi, dibiar kesejukan tanpa seurat benang

Sementara itu, anak perempuannya yang berusia 28 tahun berkata, ayahnya kehilangan semangat hidup semenjak mengidap penyakit lumpuh pada pertengahan bulan September 2018 lalu.
Ayahnya memerlukan bantuan sepenuhnya bagi menguruskan diri dan tidak boleh melakukan segala hal termasuk membuang air besar dan air kecil.
Jelas wanita itu, tindakan mengasingkan ayahnya itu diambil kerana ayahnya didakwa mengotorkan rumah dua bilik yang disewa oleh dia dan suaminya hingga mendapat aduan.
”Sebelum mengidap penyakit tersebut, ayah tidur di bilik tidur. Setelah sakit, kotoran ayah melumuri lantai, bahkan sampai ke dinding bilik hingga kami sering menerima aduan.
”Kami berdua kemudian membuatkan satu bilik khusus di bahagian belakang rumah untuk meletakkan ayah supaya lebih mudah membersihkannya setiap kali buang air besar atau kecil.
”Kebetulan di bilik juga ada barang-barang kami. Terkena sama kotoran bapak. Makanya kami buatkan bilik itu,” katanya.
Wanita itu turut memberi alasan bahawa gambar yang tersebar itu bukan seperti yang didakwa kerana dia tidak mengabaikan ayahnya seperti yang dituduh.
”Itu fotonya saat kami baru saja selesai membersihkan bapak. Jadi, kami tanggalkan baju dan seluarnya. Sebelum ini, pintu bilik bapak adalah jeriji besi.
”Ada pula yang mengambil gambar dan memuat naiknya ke media sosial. Jadilah heboh. Disangka kami mengurung bapak kami,” jelasnya lagi.


Sumber; cempedak cheese
Loading...

0 Response to "Viral.Anak kurung ayah dalam 'kandang' besi, dibiar kesejukan tanpa seurat benang"

Posting Komentar

Loading...